Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Monday, 25 January 2010

Cuba Siasat blog yang hina Allah, bukan Sultan?

Raja Johor Dihina Tindakan Segera Diambil
Raja Alam Dihina Tidak Diambil Tindakan

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan nama Allah yang menciptakan sekalian makhluk, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad sebaik-baik makhluk, seterusnya warga pembaca sekalian. Kali ini saya akan membicarakan suatu perihal yang sangat besar sebagai renungan kita bersama. Mungkin sahabat2 tidak terfikir dengan apa yang berlaku sekarang, tapi saya sebagai seorang manusia biasa melihat suatu berkara yang tidak sepatutnya berlaku. Posting kali ini tidak bermaksud menghina mana2 sultan, namun sekadar mengajak sahabat2 berfikir sejenak, maklumlah kita sekarang berada di puncak akhir zaman. Benar2 hampir kepada saat hancyrnya dunia, binasanya segala yang kita miliki.

Apabila disebut seorang hamba menghina seorang raja, namun itu dianggap perkara yang hina, sehingga suatu tindakan boleh dikenakan ke atas mana2 yang cuba menghina seorang raja. Dan baru2 ini heboh diperkatakan tentang beberapa blog yang menghina arwah Sultan Johor, iaitu Sultan Iskandar. Apabila mendapat sahaja maklumat tersebut, pihak yang bertanggungjawab dengan tangkas mengambil tindakan penyiasatan bagi menyelesaikan kes tersebut pada hari itu juga. Hasil kecekapan pihak terbabit, blogger tersebut berhasil ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Ini raja "Johor", bukan raja "Manusia".

Namun apa yang berlaku kepada raja manusia? Allah tidak rugi dan tidak untung atas penghinaan manusia terkutuk ke atasNya. Kejahatan dan kebaikan manusia tidak menguntungkan atau merugikan Allah, bahkan semua itu berbalik kepada manusia itu sendiri. Apabila laporan yang dibuat berkenaan blog yang menghina Allah antaranya "Berita Muslim", kita dapati tidak ada apa2 perkembangan, bahkan isu ini sudah lama berlarutan tanpa ada sebarang usaha penyelesaian dari pihak yang bertanggungjawab. Tidak ada kerjasama dalam isu berkait raja "manusia".

Saya tidak sesekali mengatakan bahawa tidak perlu siasat blog yang hina Sultan atau biarkan sahaja sultan dihina, namun saya cuba menimbulkan persoalan dan ingin agar pihak yang bertanggungjawab membuka mata sebenar-benarnya, bahawa tindakan cekap dan pantas juga seharusnya diambil kepada blogger2 yang menghina Allah, Nabi Muhammad, Islam dan ummat Islam sebagaimana tindakan cekap dan pantas berhubung isu hina Sultan Johor. Dan jangan dibiarkan blogger2 yang menghina Allah tidak diambil tindakan atau tidak dipedulikan atau sambil lewa sahaja.

Seolah-olah, kemuliaan raja Manusia tidak perlu dihormati, dibiarkan dipijak atau dihina oleh sesiapa sahaja yang suka dengan sewenang-wenangnya. Bukalah mata wahai sahabat2 sekalian, kalau raja Johor dihina adalah suatu perbuatan yang terkutuk, maka lebih2 lagi lah kalau raja "Manusia"(Allah) dihina, adalah lebih wajar untuk dibersihkan daripada sebarang yang disifatkan. Allah tidak seperti yang mereka sangkakan, bayangkan, kalau kita tidak sanggup raja kita dihina, bagaimana pula dengan Allah yang banyak memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada kita semua, sedangkan raja tidak memberi apa2 pun kepada kita semua.

Maka, renungkanlah sahabat2 sekalian, manusia lebih suka mengagung-agungkan sesuatu yang tidak sepatutnya mereka agungkan sehingga lupa untuk mengagungkan Allah Sang Pencipta. Jadilah kita manusia yang celik mata hati, kerana Allah yang akan membalas segala kebaikan dan kejahatan yang kita kerjakan tanpa ada yang berkecuali. Adilnya Allah, yang baik dibalas baik dan yang buruk dibalas dengan buruk, walau sebesar zarah sekalipun. Kali ini posting saya tidak begitu panjang, kerana saya sekarang lagi sibuk dengan penulisan dan pengajian bersama para guru serta munaqasyah bersama teman2.

Sekian, wassalam...

1 comments:

ijoks2009 said...

salam,
baca ni pula

http://ijoks2009.blogspot.com/2010/01/padan-muka-dia.html

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner