Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Monday 19 October 2009

Terima kasih semua...

Cermin Diri Bukan Cermin Sendiri

Bismillah....

Berani menegakkan haq & melawan yang batil meskipun diri dan harta terpaksa dikorbankan, yang penting Islam tetap harus dijulang, Allahuakbar-3x...Inilah contoh idola aku dulu, kini dan selama-lamanya...

Pertamanya dan selamanya adalah kesyukuran yang tidak terhingga kuucapkan kepada Allah, selawat dan salam buat junjunganNya seterusnya buat sahabat2 blog yang sentiasa memberi galakan dan sokongan yang padu kepada ana yang dhaif ini meskipun dilontarkan dengan pelbagai fitnah dan kata2 yang jelik daripada manusia yang bergelar insan tapi akhlak tidak seperti yang Allah perintahkan, hanya Allah sahaja yang tahu siapa mereka itu, semoga Allah membuka hati2 mereka suatu hari nanti InsyaAllah.


Sahabat2ku! Tanpa sokongan dan nasihat kalian, ana tidak mampu sebenarnya untuk terus berada di alam dimensi blog ni, kerana banyak fitnah dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, tapi ternyata ujian yang kita tempuhi terlalu sedikit dan ringan jika hendak dibandingkan apa yang telah dilalui oleh junjungan Nabi s.a.w. Lihatlah kebesaran dan rahmat Allah, tiada kesusahan yang ditimpakan kepada kita melainkan apa yang selayaknya sahaja bagi kita.


Biasalah sahabat2 sekalian, manusia yang ada penyakit hati tidak akan pernah redha kepada kita, oleh itu, jadilah manusia yang menegakkan yang haq dan membanteras yang batil, kerana itulah peranan kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Cuma apa yang ana doakan, semoga Allah terus beri kekuatan kepada ana untuk menghadapi sebarang ujian, dugaan, fitnah dan tohmahan dengan penuh sabar, tabah dan redha, hanya Allah sahaja yang mampu mengukur dan membalasnya, amin.


Kepada sahabat2 yang berpenyakit tu, cukuplah kalam ini sebagai membuka mata kalian:


1)Manusia tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa, sebaik-baik manusia adalah mereka yang setiasa muhasabah dan bertaubat kepada Allah
2)Apalah gunanya hebat di mata manusia tapi hina di sisi Allah
3)Kalau nak lawan ketetapan Allah, kenapa perlu belajar jauh2

4)Apakah dipanggil pejuang @ penegak haq tapi pengecut dan takut berhadapan
5)Jadilah manusia yang sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah, bukan kehebatan persatuan
6)Tak layak dipanggil cerdik kalau tindakan, perbuatan dan perkataan macam orang tak cerdik
7)Bertindak jangan macam orang pengecut, kalau berani letak komen, tulis nama blog

Akhir sek
ali, terima kasih kepada sahabat2 ISMA dan UMNO atas komen kalian yang hodoh2 tu, semoga setiap huruf yang kalian tulis akan dibalas seadil-adilnya oleh Allah, tiada keredhaan untuk kalian semua, kejayaan pasti akan menemui orang2 yang gagal, kegagalan pula pasti akan menemui orang2 yang sombong, Allah pula sentiasa bersama orang2 yang dizalimi begitu juga orang2 yang benar, neraka pula pasti menggulung lidah2 yang berdusta dan tangan yang khianat.

Tidak dilupakan juga kepada semua insan yang sangat mengambil berat tentang posting ana yang lalu dan turut menyebarkannya kepada umum dan ahli2 mereka, khususnya Syeikh Hairul Nizam dan Ustaz Mumtaz, paling kurang suara kita didengari oleh semua sahabat2 blog, dan mereka mengetahui hakikat yang berlaku, semoga Islam terus berdaulat di bawah pimpinan yang berjiwa rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner