Majlis Pernikahan Saya,
Ubaidillah Al-Musawi & Aisyah Karimah
Kini Kami (Ubai & Aisyah) bakal memijakkan kaki ke alam perkahwinan,
memenuhi tuntutan sunnah s.a.w. dan syariat Islam, Doakan kebahagian
kami dan kebaikan kami terus mengalir dalam bidang dakwah.
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, pujian tidak terhingga buat Tuhan sekalian alam, Dialah yang Maha Tunggal (Esa), Dialah yang menciptakan manusia, daripada satu jiwa (Adam), kemudian dijadikan satu jiwa lagi (Hawa) daripada jiwa yang satu, kemudian berkembang biaklah manusia daripada dua jiwa, jadilah mereka itu berbilang bangsa dan agama, dan Dia jualah yang menciptakan tiap sesuatu itu berpasangan, iaitu lelaki dan perempuan, masing2 saling memerlukan, dan segala jodoh pertemuan di tanganNya, begitu juga dengan murah rezeki dan panjang umur.
Tidak saya lupakan selawat dan salam berserta junjungan ke atas Nabi Muhammad di atas cahaya Islam dan Iman yang tersebar dan tersegam indah di atas muka bumi, yang tersemai di dalam lubuk sanubari diri yang kerdil ini, dialah Muhammad Utusan Allah, yang membawa Rahmat ke seluruh alam, dialah juga pemberi syafaat di hari manusia bimbang yang teramat sangat akan diri mereka, moga2 selawat dan salam kita yang diiringin kecintaan hakiki membolehkan kita mendapat syafaat baginda s.a.w.
Posting kali ini berhubung pengisytiharan Majlis Akad Nikah saya yang bakal berlangsung pada 1 April 2011 bersamaan 27 Rabiul Akhir bertempat di Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu. Majlis Sambut Menantu pada 2 April 2011 bersamaan 28 Rabiul Akhir bertempat di Kg. Bukit Chatak, Dungun Terengganu. InsyaAllah saya akan dinikahkah dengan keturunan orang Mesir, Aisyah Karimah bt. Ahmad yang juga belajar di Mesir dalam jurusan hadith di Kuliah Banat, Kaherah.
Mungkin ada teman2 yang terkejut dengan tajuk posting saya pada kali ini. Saya juga terkejut. Perkahwinan yang tidak dijangka secepat ini, mungkin sudah menjadi ketentuan Illahi, dan Allah itu Maha Mengetahui di sebalik perkara yang berlaku. Saya tidak mengharapkan kritikan dan kutukan daripada sahabat2 sekalian, hati2 tatkal membicarakan tentang orang, bimbang mengguris perasaan orang lain, bukankah menyakiti hati orang lain itu ditegah oleh Nabi, bila kita nak mohon maaf kalau buat jahat sesame manusia.
Apa yang ana harapkan doa dan sokongan daripada teman2 sekalian. Kita berkahwin bukan atas nafsu semata-mata, tapi atas dasar agama yang sebenarnya, cukuplah Rasulullah sebagai ikutan yang sempurna. Saya amat berharap agar saya dan bakal isteri saya dapat menjadi persis seperti Rasullah dan siterinya, dalam menyampaikan dakwah. Tidak salah saya melatih isteri saya pandai bercakap supaya di boleh memikat hati para belia muslimat dan ibu dengan pidato2 dakwahnya.
Saya amat sedih bila ada guru, ustaz2, ustazah2, kawan2, yang masing2 memberi tanggapan negatif terhadap perkahwinan di alam belajar. Tatkala mereka datang meminta restu, lain yang mereka terima, di mana kata2 yang baik sebagai sokongan kepada mereka, sebaiknya nasihat dan dorongan supaya berlaku baik apabila sudah berumahtangga diberikan kepada mereka. Itu yang seharusnya diungkapkan oleh guru2, ustaz2, ustazah2 dan kawan. Di manakah nasihat2 yang baik dan yang indah, yang pernah kami dengar sewaktu di alam persekolahan dahulu.
Bahkan saya pernah ditanya sedemikian tatkala saya menemui cikgu2 untuk mengedarkan kad2 kahwin, lalu saya jawab, kami datang untuk minta restu dan harap cikgu2 dapat doakan kebaikan untuk kami dan bukannya menyebut perkara yang melemahkan kami, seperti, bila dah kahwin sukar untuk berjaya, nanti sijil x dapat tapi dapat anak, nanti mengandung susah nak belajar, duit nak cari kat mana, bila nak balas jasa mak ayah kalau dah kahwin, dan macam2 lagi. Bukankah anak2 juga suatu kebaikan, bukankah kahwin itu suatu nikmat dan padanya keberkatan, bukankah mengandung itu urusan Tuhan, bukankah soal rezeki Allah dah tetapkan, mana keyakinan kita pada Allah.
Di kesempatan ini juga saya ingin memohon jutaan kemaafan daripada teman2 andaikata sebelum ini saya banyak khlilaf terhadap anda sekalian, saya bakal menamatkan zaman bujang terlebih awal daripada kawan2, harap kawan2 dapat doakan kebaikan untuk saya. Buat kawan2 saya dari Indonesia khususnya Imron & Yudi, kawan2 Malaysia Wais, Fahim, Faris, Kamal, Amir dan lain, terima kasih banyak kerana setia menjadi teman bujang saya dan melayani kerenah bujangku, moga2 hubungan ukhuwwah persahabatan kekal sampai bila2, meskipun saya kahwin dulu daripada kalian.
Bagi saya, doa kalian sudah cukup, meskipun tanpa kehadiran kalian ke majlis perkahwinan saya, maklumlah masing2 ada komitmen yang harus dikomitkan. Sampai di sini sahaja jentikan jari-jemari saya kali ini, akhir sekali saya dan bakal isteri saya sekali lagi memohan kemaafan dan harapan kami semoga bahagia dunia akhirat, dan dapat mencontohi sepenuhnya sirah dan sunnah Rasulullah dalam segenap aspek, amin. Tema perkahwinan kami, HIJAU. InsyaAllah, kami akan membuat sedikit majlis di Mesir khas buat teman Malaysia & Indonesia di sana.
Sekian, wassalam…
Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah
7 comments:
bestnya!!!hehe
adatlah kahwin waktu belajar....tujuan tu suci.insyaalah berkat dari ikatan tu awak akan berjaya dengan cemerlang...tahniah. semoga berbahagia....
urhhh nak cari jodoh jugaklah... hehe
surat jemputan xsapa pun dumoh..xmboh gi ah...(T_T)-[abg syams,kak syidah dan aisyah]
Minta maaf lah deh abg shams & kak syidah...jgn marah, 'smile sokmo'...:)
SALAM SEDINGIN ALIRAN NIL BUAT BAKAL WALIMAH....ustaz ubai dan pasangan....ya allah..barakallah..baru akhir tahun lepas mari ke smaasza,promote buku Al-Qisas 40...dengar2 dah nak walimah....apapun..barakallahu lakuma....
Jodoh itu rezeki, Alhamdulillah....:)
Salam tuan rumah..
Alhamdulillah..dah nak nikah enta...:)
Mabruk in advance..
Semoga dipermudahkan semua urusan...sihat dan di rahmati Allah aza wajalla..
salam ziarh kembali..
tahniah
Zul MindRich
MySTORMKiDS.com - An Edutainment Portal for Muslim Kids / Sebuah Portal Edutainmen untuk Kanak-kanak Muslim.
http://www.mystormkids.blogspot.com/
Post a Comment