Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Sunday 8 March 2009

Muhammad Rasulullah



Rasanya semua sudah tahu apakah peristiwa di sebalik tarikh 12 Rabiul Awal. Ana sememangnya tidak layak untuk bercakap mengenai perkara ini, boleh jadi sahabat sekalian lebih mengetahui daripada ana, tapi ini hanyalah sekadar peringatan kepada diri ana sendiri dan untuk sahabat sekalian.

Sebagaimana yang kita tahu, pada tarikh inilah lahirnya seorang manusia agung yang telah membawa rahmat ke seluruh alam, samada alam manusia, haiwan, tumbuhan, lautan dan dan lain-lain. Lahirnya Muhammad Bin Abdullah telah membawa sinar cahaya kepada seluruh ummat manusia khususnya. Baginda s.a.w. membawa amanah daripada Tuhan untuk membimbing manusia daripada kegelapan kepada sinar cahaya keimanan. Semua bangsa arab pada ketika itu berbangga dengan kelahiran Muhammad dari puak mereka yakni quraisy.

Ramai manusia mengatakan bahawa mereka sayang, cinta dan kasih kepada Rasulullah s.a.w.. Namun di sana kita perlu melihat, adakah cukup dengan kita menyatakan cinta di mulut sahaja? Sesekali tidak, jika benar kita cinta dan sayang kepada Rasulullah kita hendaklah mengamalkan semua sunnah Rasulullah sekadar yang termampu. Apa yang baginda perintahkan hendaklah dituruti dan apa yang baginda larang hendaklah dijauhi. Itulah yang dikatakan cinta yang sebenar kepada Rasulullah s.a.w.

Ayuhlah kita muhasabah diri kita, adakah kita telah melaksanakan segala yang Rasulullah perintahkan dan meninggalkan segala yang Rasulullah larang. Oleh yang demikian, bersempena bulan kelahiran Rasulullah, sama-samalah kita memperingati perjuangan Rasulullah dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini dan seterusnya menghayati dan mengamati sirah perjuangan baginda s.a.w.

Kita perlu ingat bahawa kita semua adalah hamba Allah. Setiap hamba Allah adalah pendakwah, dan setiap pendakwah adalah berperanan untuk mendokong ajaran yang dibawa oleh Rasulullah dan menyebarkannya kepada orang ramai tentang kebenaran risalah yang dibawa oleh baginda s.a.w.

Di sana kita perlu sedar tentang kelebihan memperingati Rasulullah s.a.w. Jangan kita jadikan 12 Rabiul Awal sahaja tarikh untuk memperingati diri baginda dan perjuangan baginda sebaliknya kita cuba untuk berubah dengan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan yang terbaik bermula saat ini dan seterusnya. Semoga amalan buruk kita yang lepas diampunkan oleh Allah s.w.t.

Persoalan menyambut maulidur-rasul bid'ah atau tidak adalah merugikan ummat Islam. Dengan fenomena yang berlaku sekarang(manusia lupa kepada Rasulullah) maka wajiblah ummat Islam menyambut kelahiran Rasulullah dengan matlamat yang baik iaitu untuk menyedarkan ummat Islam terhadap perjuangan baginda s.a.w. Apa yang menjadi masalah di sini adalah bagaimana cara kita menyambut hari kelahiran Rasulullah. Sebaiknya kita perbanyakkan selawat dan terus berselawat….

0 comments:

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner