
Alhamdulillah, sebahagian pelajar Malaysia, berangkat lagi tadinya ke Lapangan Terbang Mesir untuk ke Jeddah malam ini. Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Semua muslimat hampir kesemuanya sudah bertolak termasuk orang yang sudah berkahwin. Terus kami yang belum berkahwin ni macam mana? Kemungkinan yang berbaki akan pulang esok sebagai penerbangan yang terakhir, tapi saya masih tersumbat di kawasan Al-Azhar, sementara waktu keluar jam 8 pagi, moga2 saya sempat dengan trip tersebut.
Rancangannya memang x mahu pulang, tp kalu Azhar paling minimum cuti sebulan, kelas2 talaqi ditutup, perintah berkurung x tahu sampai bila, dan pelbagai kemungkinan akan terjadi, apakah saya sanggup membiarkan keluarga saya terus risau dan bimbangkan keadaan saya. Meskipun saya sudah tenangkan mereka, namun belum tentu politik Mesir dapat bertahan kalau Husni semakin angkuh dalam mengeluarkan kenyataan.
Sekarang rakyat terus marah, dan terus marah, macam mana kalau sesuatu yg buruk terjadi, minta dijauhkan. Apa2 pun saya akan cuba keluar dari kawasan bahaya tempat yang saya duduki selepas subuh waktu Mesir esok, moga2 semuanya aman. Bimbang juga kalau hari ini yang sepatutnya kemuncak berubah menjadi perhimpunan berdarah dan kebangkitan yang lebih parah.
Jujur saya katakan kepada sahabat2 sekalian, tempat kita berjuang adalah Negara kita sendiri, sementara kita di sini cumalah sebagai penuntut ilmu, tiba masa untuk kita pulang, kita harus bersiap-sedia untuk pulang. Melainkan di sini berlaku peperangan, tapi sekarang bukan peperangan yang sebenar. Tapi boleh dikatakan perang jugalah, dan mereka yang mati dibunuh oleh orang2 jahat, ditembak oleh askar2, mereka tetap syahid….
0 comments:
Post a Comment