Coretan sempena ulangtahun kelahiranku
Mohd Ubaidillah bin Deraman
Selasa 11 April 1989/4 Ramadhan 1409
Tinggal di KG Bukit Chatak, Dungun, Terengganu
Adik-beradik 17 orang, bongsu
Status bujang berpunya...ilmu
Cita2 Ulama' Muhaddith
Hobi mengarang sirah/artikel Islam
Telah kematian ibu 2 tahun yang lalu
Masih mempunyai ayah/nenek
Benci orang bercakap tanpa ilmu
dan berilmu tanpa bercakap
Suka bergaul dengan orang yang
tekun, ikhlas & istiqamah dalam ilmu
Suka makan kacang goreng + telur/telur
Suka minum air coklat
Wahai ibu yang tercinta, sedar tidak sedar, anakmu kini sudah berusia 21 tahun, masih bujang, sedang meneruskan cita2mu iaitu belajar di Mesir, masih di tahun yang sama, sedikit menghampakan dirimu, moga2 engkau memaafkan diriku yang lemah ini, anakmu masih cuba menjadi anak kebanggaan dirimu, cuba menjadi anak yang soleh, tekun memperbaiki diri ini ke arah yang lebih baik, ke lorong2 yang diredhai Allah, moga dipeliharaNya sentiasa, moga2 kejayaan dan rahmatNya yang dikecapi.



Anakmu juga faham peranan untuk terus berbakti kepada ayah yang telah redup wajahnya, membanting tulang untuk mencari sesuap nasi, berjaga mata mengenangkan anaknya yang tercinta jauh dari pandangan, moga2 sentiasa dekat di hati, jutaan kerinduan kulafazkan moga2 ayah/ibu kedengaran, hanya kebaikan setiap hari yang kulakukan menjadi tanda kasih sayang kepada kalian semua. Buku2 menjadi saksi ibadahku kepada Allah dan hadiah buat dirimu. Doakan aku menjadi anak yang baik.

Anakmu juga sedar akan tanda berterima kasih akan kakak dan abang yang tercinta yang memainkan peranan yang amat besar dalam menjayakan cita2mu ibu. Iaitu memastikan aku belajar di Mesir dan menjadi orang berguna kepada masyarakat nanti. Buat pengetahuan ibu yang sedang subuk dengan ziarah tetangga di alam roh, sebagai bukti anakmu telah bersedia berbakti untuk Islam, kini anakmu sedang menyiapkan 4 buat buku yang belum siap sepenuhnya, semoga Allah memelihara niat murniku ini.

Kuabadikan namamu ibu Khatijah binti Ali. Sambil menahan airmata kesedihan menulis artikel ini, sambil mencoret sedikit nasihat dan renungan bersama. Khusus buat ibu2 yang sanggup mendera anaknya, membuang anaknya, dan membunuh anaknya dengan penuh kejam. Pernahkan kalian berfikir, ketika kalian melakukan hal yang terkutuk itu, pernahkan ibu kalian melakukan yang demikian kepada kalian, sehinggakan kalian sanggup melakukan yang demikian kepada anak2 kalian, mana rasa belas kasihan/sayang kalian kepada anak2 kecil, mana naluri keibuan kalian, yang dahulu kalian kecapi dengan penuh kasih sayang daripada ibu kalian, fikir2kanlah perbuatan kalian!!!
Terima kasih yang tidak terhingga juga buat Amirul, anak saudaraku, keluargaku dan keluarga angkatku, dan sahabatku Wais, kalau bukan sebab mesej selamat hari lahir daripada kalian, pasti coretan di sini masih belum terukir. Terima kasih atas ucapan dan doa daripada kalian, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya, tiada apa yang aku harapkan melainkan hubungan kita yang sentiasa berkekala.
TINTA BUAT IBU
Terima kasih yang tidak terhingga juga buat Amirul, anak saudaraku, keluargaku dan keluarga angkatku, dan sahabatku Wais, kalau bukan sebab mesej selamat hari lahir daripada kalian, pasti coretan di sini masih belum terukir. Terima kasih atas ucapan dan doa daripada kalian, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya, tiada apa yang aku harapkan melainkan hubungan kita yang sentiasa berkekala.
TINTA BUAT IBU

Selamat Tinggal Ibuku....
Al-Faqir 21 Mohd Ubaidillah
Coretan dari Kaherah, Mesir
0 comments:
Post a Comment