Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Sunday, 27 September 2009

Laporan Peristiwa

Laporan drp Bumi Mesir

Assalamualaikum w.b.t.

Pertamanya ana mengucapkan pujian yang tidak terhingga kepada Allah atas nikmat yang tidak terhitung, seterusnya selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Ternyata perbincangan yang ana akan bawakan ini sangat panas dan hangat, dan ana sangat berharap agar semua pihak dapat membuka mata atas topik yang ana bawakan ini khususnya buat sahabat2 ISMA yang ana sayangi dan tidak dilupakan juga pihak2 yang terlibat.

Yang ni mesti baca!!!
Sahabat2 boleh klik stiap perkataan yang berwarna merah, sangat penting untuk dibaca, bagi ana itulah info yang menarik, ana terpaksa buat system klik agar kalam ana di ruangan ana tidak panjang d
an membosankan sahabat2 sekalian untuk baca, jadi klik jangan tak klik, kerana semua maklumat ada pada “klik warna merah”.

Perhatian
Apa yang ana perkatakan adalah atas nama peribadi dan bukan atas mana2 nama persatuan, dan jangan sesekali melabelkan suara ana dengan pergerakan Mahasiswa yang menjaga kebajikan Mahasiswa Malaysia di Mesir ni. Ana sekadar mendedahkan apa yang berlaku, untuk dikongsi bersama, ternyata ia untuk kepentingan semua dan bukan untuk kepentingan peribadi, ana tidak takut dengan hujah yang bakal mereka lemparkan kepada ana hasil p
endedahan dan artikel ini. Tapi inilah mereka yang sebenarnya….

Sebelum memulakan kisah yang menarik ini, ana ingin mengucapkan selamat datang ke bumi barakah (MESIR) kepada adik2 & teman2 yang baru datang pada 24 september 2009 baru2 ini bersamaan 5 syawal 1430 yang jatuh pada hari khamis sekitar jam 5.00 petang. Pelajar2 baru yang datang ini adalah pelajar2 Yayasan Terengganu dari pengajian Islam dan Perubatan dan daripada l
atar belakang sekolah yang pelbagai. Semuanya berjumlah 38 orang(lelaki & perempuan).

Sebelum & di Airport
Ternyata
ana dan sahabat2 di pihak KPT sangat gembira untuk menyambut kehadiran pelajar2 baru, tidak sabar rasanya untuk bertemu & beramah mesra dengan mereka. Itu sudah menjadi kebiasaan kami menyambut pelajar2 baru, dan bukan perkara baru di bumi mesir ni. Ternyata kami diberi amaran oleh En. Kamal: “kalau saya jumpa awak dan kawan2 awak di airport, jaga awak semua.

Kita nak kata kepada En. Kamal, kenapa perlu halang kita daripada menjemput pelajar2 baru, kita bukan nak buat apapun, cuma sekadar menyambut mereka sahaja, kenapa tidak mahu memberi peluang kepada kita berbaik-baik dengan pelajar2 baru seolah-olah mahu menjauhkan kita daripada mereka, memangnya kita ni menyebarkan dakyah2 yang sesat ke? Setahu ana, yang me
ndedahkan dakyah2 sesat tu persatuan yang satu lagi dan bukannya PMRAM.

Apa yang peliknya sahabat2 sekalian, kenapa pegawai Terengganu tergamak mengabaikan pelajar2 Terengganu dan mengutamakan UMNO dan ISMA, siapa mereka, sedangkan persatuan tunggal dalam Terengganu hanyalah (KPT) sahaja. Kenapa perlu mereka, tambahan pula, mereka yang dari Nadi UMNO dan ISMA tu bukan dari negeri Terengganu, tapi negeri2 luar seperti Selangor, Melaka, Pahang dan lain2, apa kaitan mereka d
engan pelajar2 baru Terengganu, sedikit pun tidak ada kaitan, jadi kenapa nak sibuk2 sangat, boleh jadi adik2 menyampah tengok mereka.

Tiba di airport
Sesampainya ana dan sahabat2 di airport, ternyata begitu ramai tentera bersekutu seperti ISMA dan UMNO, yang ana hairannya pegawai Terengganu dan Yayasan seolah-olah menganggap keberadaan kami di situ tidak wujud. Kenapalah kalian jadi sedemikian, padahal kami sudi untuk berkhidmat untuk pegawai demi adik2 baru, tak perlu kutip pengemis2 di jalanan. Kalau pengemis, kena bayar, tapi kami sanggup jadi hamba, bekerja tanpa upah sedikitpun, hanya pengorbanan tenaga dan ihsan kepada adik2. Ternyata niat ikhlas kami dipersiakan oleh pegawai yang cerdik tapi tak cerdik.

Buat pengetahuan sahabat2 sekalian, punyalah teruk pakatan2 pegawai ni, termasuklah ISMA dan UMNO, mereka merahsiakan perjalanan adik2 baru, kononnya nak sembunyikan mereka daripada kita, ternyata
Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, akhirnya kita dapat tahu juga. Di airport, group2 ISMA atau UMNO ni mengibarkan bendera Terengganu, tak malu langsung, padahal mereka bukan dari negeri Terengganu, semua dari negeri2 luar, tak patut langsung pegawai Terengganu (UMNO) ni, dah tahu orang tak suka dekat dia, nak paksa2 orang suka dia, mana boleh. Bertaubatlah, ana bukan tak suka dia tapi perbuatan dia.

Kawan2 nak tahu, pegawai Terengganu tu bekas ADUN SURA kawasan Dungun, tapi tidak terpilih
untuk terus bertanding sebab mempunyai rekod yang buruk di kawasannya, terus-terang ana katakan, bahawa mereka semua adalah jahat, merekalah penculik, merekalah penyamun, dan merekalah penyangak, ana secara peribadi tidak sesekali meredhai perbuatan khianat dan jahat mereka termasuk ISMA dan Nadi UMNO, tak kiralah En. Mustaqim ISMA ke, Faizal Nadi UMNO ke, En. Majdi bebas ke, En. Kamal pegawai ke….

Apa yang pasti ana tidak sesekali meredhai kalian memperlakukan adik2 sedemikian, termasuk usaha untuk menjauhkan adik2 selama seminggu ni, kononnya nak jaga kebajikan adik2 baru, ternyata manis di mulut jahat di hati, kata orang PMRAM munafiq namun merekalah yang sebenarnya munafiq, kata perjuangan kita bukan Islam, ternyata perjuangan mereka yang sebenarnya bukan Islam, kerana cuba untuk memecahbelahkan Mahasiswa di sini.

Di airport, ternyata group mereka ramailah juga termasuk pegawai2, masing2 saling memandang antara ana, sahabat2 dan group lawan(Pegawai2, ISMA & UMNO), sambil menunggu urusan adik2 baru di dalam selesai di dalam, namun ana berusaha untuk menampakkan bayang2 ana kepada adik2 yang baru datang, bila dilambai masing2 menyahut, Alhamdulillah, dalam setengah jam lagi nak masuk waktu maghrib akhirnya adik2 baru keluar, dan ternyata ana orang yang pertama sempat menyapa, bersalam dan mengucapkan sesuatu kepada adik2 yang baru datang, maklumlah semua adik2 baru yang datang dari SMAASZA dan IQT mengenali ana, sekali lagi Alhamdulillah, namun ternyata keluar ayat yang sayu dari adik2 baru, dahagalah ust Ubai, tak ada air ke, ternyata kebajikan yang dijanjikan oleh pegawai dan konco2nya sudah terabai saat permulaan lagi.

Adik2 kemudiannya dibawa menaiki bas yang telah disediakan oleh pegawai Terengganu En. Kamal. Pihak kami(KPT) langsung tidak dibenarkan untuk bersama adik2 sampai untuk naik bas bersama merekapun kami tidak dibenarkan, namun takdir telah menentukan perancangan orang2 di pihak yang benar itu terpelihara, senior dikalangan akhowat kita berjaya menyelinap masuk ke dalam bas tersebut tanpa pengetahuan mereka, ternyata kami terpaksa menggunakan cara tersebut untuk mengetahui pergerakan adik2 dan memastikan agenda2 tersembunyi pihak yayasan di bawah penyelenggaraan En. Kamal.

Perhatian!!!

Ana sangat berharap agar pihak2 yang prihatin terhadap isu ini dapat menyebarkannya kepada orang ramai dan pihak yang berkenaan agar sebarang tindakan dapat diambil demi menjamin tugas seorang pegawai berjalan dengan amanah, tiada apa yang ana rahsiakan, ana cuba korek sedaya mungkin daripada adik2 baru dan pihak yang terlibat, dan ana akan dedahkan, dalam masa yang terdekat, mungkin esok hari, ana akan posting pulang artikel berkenaan hari yang kedua, ketiga sehinggalah kepada perjalanan yang seterusnya iaitu hari kelmarin ke (Sinai) dan (Alex).Ana terpaksa membuat laporan secara bersiri kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk menaip artikel semasa adik2 baru ada di sisi, kerana berkorban untuk merisik perjalanan adik2 dan menjaga kebajikan mereka secara senyap.

19 comments:

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

salam,izin copy...syukran di atas pendedahan...mudahan pendedahan ni termasuk dalam mengumpat yg dibenarkan utk menegah kemungkran

benmokhtar said...

setakat berebut nak sambut pelajar baru tak le zalim sangat...(bekas pelajar SMAAZA)

Mu'awwidz Al-Ansori ibn Dzulkefly said...

salam ustaz,
oow..isu ini..moga jauh dr fitnah mainan hati..

erm...en.mustaqim ISMA ke?ana yg ISMA nih pon tak pernah tahu dia ISMA...nmpaknye ada "syaz" dlm post enta kali ni..

mungkin ada btulnye dlm isu ini..tp perlu diperhalusi lagi apa yg sebenar2nye berlaku..

moga IMAN mengadili setiap langkah2 kita~

akhuka fillah,

Ubaidillah Al-Mishri said...

bkn stkat rebut budak, tp abaikan kebajikan pljr, pelajar kena kurung, dibiar kelaparan, solat tidak dijaga, kesihatan diabaikan,tdak dbnrkan bergaul dgn org lama & byk lagiii....

Putra Al-Maliki said...

Ana x faham. Ape kaitannya ISMA dengan Nadi UMNO? Tolong jelaskan...

Ubaidillah Al-Mishri said...

ISMA ngan NADI UMNO ni adlh p'satuan yg baru & hadaf dia untuk jatuhkan persatuan PMRAM(persatuan peljr Islam yg tunggal di bumi Mesir), kwjdn ISMA & NADI UMNO tlh memecahbelahkan kesatuan mahasiswa M'sia di Mesir...

Nadirah Ahmad Azam said...

ana tidak tahu keadaan sebenar disana..

tapi yg ana pasti , x kan la persatuan NGO seperti ISMA nak mengabaikan kebajikan pelajar, solat dan sebagainya..

cuba selidik betul2..
tanye sahabat2 ISMA disana..

moga kita terhindar dari fitnah dunia..

wallahu'alam

Willyo Alsyah P. Isman said...

thanks sudah berbagi pengetahuan...

krulez88 said...

aik?..en.mustaqim isma? xpenah taw pon..cbe selidik balek..teliti btul2..wallahu a'lam..

Mu'awwidz Al-Ansori ibn Dzulkefly said...

ustaz,
mohon mendapat pencerahan dr manakah ustaz mendapatkan sumber2 ;

bkn stkat rebut budak, tp abaikan kebajikan pljr, pelajar kena kurung, dibiar kelaparan, solat tidak dijaga, kesihatan diabaikan,tdak dbnrkan bergaul dgn org lama & byk lagiii....

-dari pelajar2 barukah??sbb yg ana dgr cerita lain pula ustaz..

tentang isu kehadiran isma di bumi mesir ni..ana harap ustaz benar2 telus dgn hujah enta tuh..apakah benar isma yg memecah belahkan pelajar2??atau ketidak selesaan pmram terhadap persatuan2 lain...??

bukankah konsep fiqh telah mengajar kita utk wajib bersatu berpegang pd prinsip(aqidah,ukhuwah islamiyah etc) dan harus bersatu utk perkara2 cabang(fiqh mazhab etc)

-isu persatuan @ jemaah adalah perkara prinsip atau furu3??moga dijkaji semula..

moga iman mengadili langkah2 kita~

akhuk fillah

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

akhi awiz dah jawab soalan dari diri sendiri,ukhwah islamiyyah adalah prinsip/usul.bila memecah belahkan,membahagi2 dakwah,membelakangi yang mana asbabnya mengakibatkan ikatan persaudaraan tercalar/terungkai/bermasam muka/ikut kepala sendiri/permasalahan memperlengkeh arahan maslahat umum kerna terlalu wala pada isma cnth :bila akhwat isma keluar malam tanpa musyrif,bila org tegur x dgr,buat muka ,bantah dan ada isu bila qarar dpm kata rumah ni di black list namun apabila puak2 isma langgar gak qarar kerana diri kepentingan mrk walaupn dgn harga yg tinggi sehingga menjejas pelajar msia yg len,membelakangi kesatuan islam yg meletakkan dasar quran sunnah sbgai manhaj dgn tidak menyambut ikatan kerjasama,bantu membantu di atas dasar takwa tp rela kerjasama dgn nadi umno jelas dasar kebangsaan ,mengakibatkan pelajar islam yg baru mnngenali Islam sbg manhaj dalam dilema utk menerima arahan sedang isma duk asyik membelakangi arahan,nasihat,program pmram hingga duk pening budak2 tu.adakah perbuatan2 ni tidak cukup utk menyebabkan dua kesatuan dan ahlinya bertelagah/bermusuh/bermasam muka???sehingga perkara prinsip/usul itu sendiri terjejas?anda ingin samakan anda dgn perbezaan mazhab2 fiqh,akudah dalam mslah furu dgn apa yang berlaku dgn anda??khilaf di antara saling membina,saling melengkap,khilaf yang berlaku skrang adalah menjatuhkan supaya anda di lihat yg lebih terbaik tarbiiyahnya,yg sempurna ,yg suci,tanpa memikirkan utk bersikap saling menyempurnakan serta melengkapkan kekurangan.percayalah ,sekirannya anda ingin menjatuhkan kerana kekurangan pihak pmram walaupun anda tahu pmram telah meletakkan quran dan sunnah sbgai dasar ,tindakan anda adalah sia-sia krn awal2 lagi anda menyalahi prinsip2 agama yang perlu di jaga ;-UKHWAH ISLAMYYAH-
Muhasabahlah,sekiranya PARTI ISLAM SEMALAYSIA berjaya memerintah Malaysia dgn sejuta kekurangan yang ada tanpa meminggirkan Quran sunnah sebagai dasar,adakah anda akan bertarung di medan politk dgn anda mendaftar sabagai pertubuhan politik???.
akhuk fillah

Mu'awwidz Al-Ansori ibn Dzulkefly said...

seorg sahabat r.a berkata :
iza tammul aqlu..fa yanqusul kalam
kesempurnaan aqal itu adalah pd kurangnya ia berkata2..

minta maaf akhi suffian..ada byk isu(yg enta sebutkan td)tentang ISMA yg masih samar keshasihahnya..dan ana rasa tak perlu mengungkit ia sbg hujjah berulang2 kali..

ana bersetuju dgn kata enta tentang perkara khilaf td..tetapi apakah benar kami yang sedang jatuh menjatuhkan spy dilihat tarbiyah lebih baik mahupon menjatuhkan krn kekurangan pmrm itu sdr??ataupon rasa terancam antum pd kehadiran kami maka antum meletakkan ia sbg persepsi yg dangkal??
-minta maaf krn scr tarbawinya..kami tidak membicarakan isu yg tidak membawa kpd amal..
kata hassan albanna : nahnu qaumun 3amaliyun..
boleh resapi hakikatnya pd link ini :
http://drabduh.blogspot.com/2009/01/wahai-pemuda-seandainya-kamu-meyakini.html

dan tentang isu politik..ISMA mempunyai ijtihad kami sdr :http://ismaweb.net/v2/Article1288.html

moga IMAN mengadili setiap langkah kita~
akhuk fillah =)

PEMENANG said...

tak bole ke ISMA MESIR ni hormat sikit PMRAM sebagai abang sulung.....ramai ustaz2 merungut mesti ade sebab.....ISMA MESIR ye secare spesifik.....

PEMENANG said...

Allah lebih tahu

Mu'awwidz Al-Ansori ibn Dzulkefly said...

tak boleh ke pmram berkasih syg dgn kami sbg adik2..??
sbb ramai2 ustaz yg merungutlah antum kene kaji selidik dulu ape yg dirungutkan..keshasihan yg bagaimana yg dikatakan betul..dan wajiblah kita berdiri di atas prinsip bukan menerima sebulat2nya dr bbrp pihak tanpa kepastian dan pertimbangan..

ana percaya pmram betul2 mengamati alquran dan hadith sbg dasar..maka ayuh sama2 kita berukhuwah di atas nama syahadah,bersuai kenallah,bermanis mukalah..

"3ish lilhaq wa lilislah"

Allah maha mengetahui~

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

akhi awiz ni ajak org supaya kurang berkata2 ,tp dia yg lebih,sy terima sgl nasihat akhi dalam web2 yang akhi hadiahkan tu.sgt berguna..syukran .. kesahihan apa nta nak ?,kertas kerja hitam putih?terbukti di mahkamah?x cukup dgn tindakan ahli isma yang meloyakan itu?? memang ana x salahkan gerak kerja isma,pembawakan isma cantik kerana berdasarkan pembawakan kepada ketinggian syiar islam.Isuny bila ahli x memahami menatijahkan keputusan yang berbeza .mereka x nampak sepatutnya ukhwah dgn muslimin ,yang nampak ukhwah di antara kelompok(x kira mana2 pihak)sebabnya wujud dua kelompok yang bergrak atas nama islam yang sepatutnya menyokong antara satu sama lain,lengkap melengkapi. sepatutnya titik pertemuan ni la yang menyatukan kita,kita x payah ada pas atau isma tp ada pmrm utk kita gembleng tenaga utk islam tu sendiri bukan kerana pas kamu atau ismanya kamu .apa kekurangan ,apa kelebihan kita hadapi bersama,sekarang ni yang jelas lagi bersuluh adalah kerana survival isma tu sendir,akhi perasan x sbb apa tertubuh gerakan2 dakwah ni?selepas kejatuhan khilafah islamiah turki.akhi tahu bagaimana kejatuhanny?akhi perasan x peratusan besar golongan arab x menyokong khilafah turki kerana beranggapan org turki x layak utk pgg khilafah ,sentimen bangsa di mainkan islam dipisahkan ,kesannya khilafah x di taati x diwala' maka jatuh dan x bangun sehingga hari ni khilafah islamiyyah kita semua . pengalaman saya dgn ahli isma ni bnyak dan ada yg baik ada yg kurang baik.kita berdiri atas prinsip la kita nak antum membantu gerak kerja pmram.antum percaya pmram bergerak di atas quran dan sunnah,tapi enggan membantu,antum lebh suka bergerak sendiri dan bersama persatuan yg tidak berhasrat utk jadi ISlam tu sebagai dasar.kita bukan nak sgt pun isma hormat sgt pada pmram dan ahli pmram yang kita nak dasar isma mesir membantu,melengkap,menyokong pmram yang kita semua sifatkan sebagai langkah melaksanakan prinsip ukhwah islamiyyah yang mana bukan hanya nak bersuai kenal,nak bermanis muka ikatan persuadaraan bagi membantu umat (pelajar malaysia)kita berteriak kehulu-kehilir nak ukhwah islamiyyah ,tp dasar isma membantu nadi umno dalam masa yang sama pmram dibiarkan bersendirian melaksanakan misi dakwah.ukhwah islamiyyah yang kita faham hanya utk individu ke?mungkin dakwah islam yang ingin dibawa isma seperti yang dikatakan oleh tuan presidennya;
Oleh itu harus difahami bahawa ISMA tidak sekali-kali menolak politik atau memisahkan dakwah dengan politik,tetapi ISMA memikirkan pelaksanaannya dari luar kotak pemikiran orang kebanyakan.sehingga boleh disimpulkan pelaksanaan yg diluar kotak pemikiran yang dimaksudkannya membenarkan mengikat kerjasama dgn pihak yang x berhasrat meninggikan islam sbagai dasar dalam masa yang sama enggan memberi kerjasama kepada pihak yang berhasrat meletakkan islam sebagai dasar tertinggi..

Mu'awwidz Al-Ansori ibn Dzulkefly said...

=) ana bercakap di atas perkara hak..maafkan ana jika terlebih cakap pula..

akhi suffian,perkara khilaf pasti terjadi..dan ia tidak akan memecahkan selagi mana kita memahami adab2 terhadap perkara khilaf..rasanya kita sdr tau akan agenda kita bersama..
berkaitan isu berukhuwah itu..apa kata kita sdr yg memulakan dulu..ana berkenan nak jumpe dgn akhi..bagaimana?? =)

kadang2 ada perkara yg sukar diterjemahkan dgn qaul baik penulisan..namun amal hati dan anggota pastikan menyuluh..

ana rasa cukup sekadar itu shj..harapan ana utk semua..kita berdiri di atas perkara prinsip yg sepatutnya memadamkan sentimen sbegini..sampai bila??umat kian mendesak..
bersama ana sebuah kata2 yg sgt cantik utk direnungi :
أنْ تَكُونَ عَادِلاً صَحِيحَ الحُكْمِ فِي جَمِيعِ الأحْوَالِ
لاَ يُنْسِيْكَ الغَضَبُ الحَسَنَاتِ
وَلاَ تُغْضِي عَيْنُ الرِّضَا عَنِ السَّيِّئَاتِ
وَلاَ تَحْمِلُكَ الخُصُومَةُ عَلَى نِسْيَانِ الجَمِيلِ
وَتَقُولُ الحَقَّ وَلَوْ كَانَ عَلَى نَفْسِكَ
أَوْ عَلَى أقْرَبِ النَّاسِ إلَيْكَ وَإنْ كَانَ مُرًّا

Berlakulah adil dan benar dalam menghukum dalam segala hal. Kemarahanmu (kepada orang lain) jangan membuatmu melupakan kebaikannya, dan rasa sukamu kepada seseorang jangan menutup matamu dari keburukannya. Permusuhan jangan membawamu melupakan kebaikan. Katakan yang haq meskipun pahit atas dirimu atau orang terdekat bagimu sekalipun....”
sumber :risalah ta3lim Hassan Al-banna

3ish lilhaq walil islah
hidup utk kebenaran dan perbaiki diri

semoga IMAN mengadili setiap langkahmu~
akhukum fillah

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

bila nta kata nta bercakap pada perkara hak mafhum mukhlafahnya ana bercakap secara batil..hu..hu..nauzibillah.
ish nta buat cam x kenal lak blog ana,nta bleh je amik kat situ,mmg ana dah letak kat situ supaya org leh amik.ada kat about me tu...ke nak ana suap kan ?hu..hu..insyaAllah lau ada kelapangan masa bole kita ta'ruf dan jumpa..lagipun ana nk knl gak dgn nta dan belajar dgn nta.

askapa said...

alangkah indahnya hidup ini bila setiap insan berperanan kembali....msing2 mencintai tuhan dan berkasih sayang sesama..tanpa ada jurang perpecahan(persatuan).masalah yang berlaku ialah apabila ada bias terhadap sesuatu...yang belum pasti pon akan dikata salah...seeloknya dikaji,diteliti,dita'kul dengan baik sesuatu barita itu..kdg2 kesalahfahaman menimbulkan kekeruhan..

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner