Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. dan selawat buat junjungan Muhammad s.a.w. Sempena tanggal 1 Januari 2011M bersamaan 26 Muharram 1432H, saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, Syukran Jazilan & jutaan kemaafan kepada semua khususnya buat ahli-ahli blog syeikhubaidillah.blogspot.com., semoga amalan yg lalu diterima Allah, Tidak dilupakan juga buat keluarga nun jauh di sana(Malaysia), seterusnya buat rakan2 di Malaysia, Mesir, Jordan, Yaman, Arab Saudi, Morocco, UK, Syiria, New Zealand, Indonesia & Turki dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

Segala keampunan ana mohonkan kepada semua pembaca sekalian, andaikata sepanjang penulisan ana membuatkan sahabat2 rasa tidak selesa & tersinggung, teruskan bersama ana untuk berkongsi sedikit ilmu & pengalaman. Teruskan juga komen & nasihat yang membina utk diri ana yang faqir ini.

Jemput ziarah ke laman blog:

http://e-tazkiirah.blogspot.com/
-mengenai perkongsian ilmiah

http://abangbercerita.blogspot.com/
-mengenai kisah2 tauladan

PERHATIAN !!!

Salam sahabat2 sekalian, bacalah apa yang ada dalam blog ini, blog ini untuk mencari pedoman dan bukan untuk tinjauan semata-mata. Paling kurang kita dapat berkongsi ilmu dan disebarkan kepada mereka yang di luar sana. Jika benar apa yang dikatakan ambillah sebagai pengajaran dan jika salah tolong betulkan fakta tuan blog ni, semoga Allah berkati usaha yang kita telah, sedang atau akan laksanakan, sekian wassalam...

Topik hangat !!! - jom klikkk

Isu Memali
Jom Kenali Mesir
Apa itu JPMK?
Nik Aziz digesa letak jawatan
Haji Hadi "Pak Lah versi PAS"
Tangan kera, virus blogger, tangan syaitan?
Muhyiddin Yasin hina Tok Guru
Menarik tentang Isra' dan Mi'raj

Palestin dan Syeikh Ahmad Yassin
Jangan hina Ulama' !!!

Sunday 8 March 2009

Hargailah ibu...



"Aku pernah mempunyai seorang ibu yang sangat baik, sangat menyayangi diriku, selalu mendoakan kebahagiaan hidupku, selalu membetulkan aku bila aku dalam kelalaian atau kealpaan, selalu merawat aku dikala aku dalam kesakitan dan selalu menjaga makan dan minumku serta keperluanku samada cukup atau belum cukup. Yang penting selalu berada di sisiku saat aku kegagalan atau kesedihan…"

Namun semua itu sudah berakhir apabila orang yang aku sayang itu telah meninggalkanku buat selama-lamanya. Mendalam macam manapun kasih sayangku pada ibuku, rupa-rupanya ada lagi yang lebih menyayangi ibuku, iaitu yang menciptanya yakni Allah s.w.t. Biarpun begitu, aku tetap menyayangimu dan merinduimu, Tidak ada perkara yang dapat membuatkan aku lupa terhadap segala jasa dan kebaikanmu, itulah yang aku selalu pohonkan. Semoga ibuku ditempatkan di tempat yang mulia di sisi Allah bersama orang-orang soleh, amin.adalah dia mahu agar dapat

Diantara doa ibuku, semoga aku dapat sampai ke bumi Mesir ini. Dan aku telah merealisasikan hasrat ibuku agar aku dapat ke bumi Mesir. Ibuku mahu aku menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat, insyaAllah.

Namun sayang, ibuku tidak sempat melihat aku dalam keadaan sekarang ini, yang mana aku sekarang sudahpun bertapak di bumi Mesir. Walaupun aku tidak dapat melihat kegembiraan ibuku secara zahir, aku yakin yang ibuku gembira di alam sana melihat aku Berjaya merealisasikan impiannya…

Ibuku sanggup menggadaikan semua harta peribadinya untuk melihat kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, itu yang berlaku kepada 2 orang abangku yang telah tamat pengajian mereka di bumi mesir sekitar belasan tahun yang lepas.

Akhir sekali, aku memohon sejuta kemaafan sekiranya membuatkan sahabat merasa bosan dengan perbicaanku tadi atas mengenai ibuku, tapi itulah yang aku mahu mula sebagai terima kasih buat ibuku yang tersayang. Apa yang aku tahu tanpa kasih sayangnya tiadalah blog aku ni…

Pesananku buat sahabat sekalian, bahagiakanlah ibu sahabat sekalian sebelum dia meninggalkan kita atau kita meninggalkannya. Jagalah hati dan perasaannya lebih daripada kamu semua menjaga perasaan kekasih hatimu………..
Al-Fatehah untuk arwah ibuku.(syukran)
Lagu untuk ibu :
Sewaktu azan mendayu-dayu
Ibuku pergi meninggalkanku
Perginya takkan kembali lagi
Kerna takdir telah menentukan
Do'a restu
kuutuskan Untukmu ibu
Semoga diri ibu bahagia
Di akhirat yang kekal abadi
Ibuku kau pemupuk kasih sayang
Kerna kaulah ibu yang tercinta
Baktimu padaku tidak terkira
Hanya Tuhan dapat membalasnya
Ibuku walau kau pergi dulu
Namun kutetap mengingatimu
Kasihku padamu seperti dulu
Selamat tinggal ibuku…..

0 comments:

Post a Comment

Awal Muharram telah menjelma

Photobucket

sembang-sembang politik

Rasuah...

Begitu banyak isu rasuah yang timbul dalam politik UMNO khususnya. Apakah kita masih tidak celik bahawa perjuangan yang dibawa oleh UMNO adalah perjuangan yang menindas rakyat. Moto menjaga keamanan rakyat, membasmikan kemiskinan itu ada, tp kepada diri sendiri itu lebih utama. Wang untuk kebajikan rakyat diambil untuk bahagiannya dan sedikit sahaja dibahagikan kepada rakyat. Itu pun mujur diberinya sedikit, kalau tidak diberikan langsung? Kita perlu ingat bahawa orang yang terlibat dengan rasuah baik secara langsung atau tidak secara langsung akan dimasukkan di dalam neraka dan ini jelas disebut oleh Nabi s.a.w. Apakah kita masih mahu menerima perjuangan mereka ini dan dalam masa yang sama kita menolak perjuangan Islam. Tidak patut, tidak patut...Rasuah UMNO tidak dapat dibasmi lagi, bahkan jika dibasmi ia makin menular dalam hati-hati busuk pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

Apa pilihan saya?

Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."

Terima kasih, Jumpa lagi

ISLAM © 2008 Template by:
SkinCorner